Powered By Blogger

Tazkirah : Niat


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
Al-Qusyairie al-Naisaburi

Monday, December 21, 2009

Occupational Safety & Health



Selama 3 bulan, saya menjalani latihan di KLIA Training & Research Centre.

Program ini dibawah tajaan MOHR ( Kementerian Sumber Manusia )
dan dikenali sebagai "TRAIN & PLACE".

Sepanjang program ini, kami dibekalkan dengan modul berkaitan OSHA (Occupational Safety ans Health) 1994 & FMA (Factory and Machinery Act) 1967, Construction Safety & Health Officer Training Programme dan pelbagai latihan yang seadanya.

Masa mula-mula masuk ke sini, ramai member bertanya.."tengah watpe skrang?"..
Jawapan yang diberikan "Aku tengah training Safety officer"..

"Safety officer tue ape?Cam guard ke?"..(aku dah agak jawapan sedemikian mesti keluar juga dari mulut mereka)

"Bukan safety officer tue memberi nasihat berkaitan safety & health ditempat kerja.Selain tue,kerja kitorang memastikan keadaan tempat kerja selamat dan sihat untuk majikan,pekerja dan orang ramai"..ujarku kepada mereka.

Jelas sekali,ramai di sekitar kita masih belum sedar akan Safety & Health di tempat kerja.

Walhal, sudah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk memastikan mereka selamat di premis kerja mereka.

Kesedaran berkaitan perkara ini di kalangan rakyat Malaysia perlu ditingkatkan.
Jangan sampai dah terkena diri sendiri baru hendak menyesal..

Ibarat pepatah Melayu "Sudah terhantuk, baru hendak terngadah"

Sepatutnya pepatah di atas digantikan dengan "Melentur buluh biar dari rebungnya"

Kenapa saya berkata demikian??

Penekanan berkaitan keselamatan & Kesihatan perlu diterapkan dari sejak kecil lagi.
Supaya setiap lapisan manusia sedar akan kepentingannya.

Ya, memang betul manusia mudah lupa..

Tapi alangkah eloknya jika kita dapat menasihati antara satu sama lain.

Justeru itu,marilah kita hapuskan tanggapan "seperti katak bawah tempurung".
Almaklum dunia serba moden memerlukan kita untuk bergerak seiring dengan arus zaman.

Di sini saya ingin memetik sebuah ungkapan yang bermakna iaitu :-


"WHAT FIRST,SAFETY FIRST"

Kebahagiaan


"Ok! Apa khabar semua?

Semoga sentiasa bahagia bersama orang tersayang....


Hari ini saya ingin menghidangkan anda semua dengan sebuah kisah

yang saya dapati melalui kiriman email.


" Kisah yang bakal membuka mata dan minda akan nilai kebahagiaan yang sebenarnya."


Di harap para pembaca dapat memberi sebarang komen dan pendapat berkenaan

kisah ini..


Enjoy it!!!



"ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan

menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun

kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, "it takes a second to know someone, a

minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest

of your life to forget your love ones."


Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses

kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.

Kata orang, " Cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain

kemudiannya."

Aku menyangkal.

Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya.

Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati.


Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang

kemudiannya mungkin cinta sejati ......

Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita.

Mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa

cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi ......

Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.


Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang

padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa

cinta separuh mati kini. Walaupun baru ku tinggalkan hampir empat

bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus ku

kenang selamanya.


Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang ku cintai, arkitektur. Dia

dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang

insan. Dia, ku tinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku

ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.


"Saya cabar awak."

"Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar,

which means in this three months time. It's just a challenge. If you

aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me

so much.. Well, what would you say?"


Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-

benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut

cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad

nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia

menyentuhku, talak jatuh ke atasku.


Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku.

Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku.

Gila. Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan

menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang

dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka

memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar,

suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan

cabarannya.


Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku

mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama. Hakikatnya aku

tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya

insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada

keistimewaan lain.


Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan

diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan

formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia

bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No

Sir!" dengan tegas. Aneh.. Entah mengapa, setiap kali dia menyebut

namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.

Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan

kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika

sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku.


Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam

subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma

bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada

saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial,

dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang

menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya.

Kadangkala, terasa seperti diaibkan.


Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan

tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang

mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan

perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun

dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian.

Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian

kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling

mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.

Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya

menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala

cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami

menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di

khalayak ramai.


Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang.

Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-

henti aku menguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku

akan memenangi cabaran ini.. Hatiku ketawa puas.

Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-

rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum

senyum, aku sayu.


Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah

aku? Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu.

Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada

interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut,

mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di

dapur dan aku di hadapan televisyen ..... Aku menjalani kehidupan

yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian

bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat

walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.


Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami

menyedarkanku. . Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak

mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku

dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang

tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku

menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap

badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala

aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak

menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?


Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan

sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku

terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas

badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur

di depan komputer pukul empat pagi.. Jam satu petang terjaga, aku

panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku

berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Ku semak hingga

helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan

disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan

gambarajah ... Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.


Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5.

Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan,

makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half

day today. So then, take care. Again, sorry.

-Zhafran-


Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis,

meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah! Tiga bulan

sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu

segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak

mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke

Glasgow .


Tanpa perasaan, ku nyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan

alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian

mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya ku beritahu tentang hasrat

menyambung pengajian.


Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga

ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan

Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-

adikku dan tersenyum memandangku.

Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai

giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba,

dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh.


Perlahan-lahan ku tunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang.

Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia

berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak

bahagia."


Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras

mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan,

aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan

menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya.

Namun hatiku benar-benar pedih.


Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti,

sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor

Zhafran ku dail. Lama baru ku dengar suaranya. Hatiku pedih.

"Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan

membenci awak." Sir, i hate you. I have to since i realized that i've

fallen into you the second you call out my name years ago and i can't

believed it. "Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi

Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya

bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak

untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas

kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan

saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak. "I'm sorry i love

you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care."

************ ********* *****

Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati

hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf,

dia sudah berubah, juga minta ku kembali padanya. Maaf, hatiku bukan

lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran.

Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.

Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga

sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru.

Melupakan? Semakin ku berusaha, semakin ku sedari betapa ku

merinduinya.

Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim

luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan.

Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam!

Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi

kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.

"Langsung tak berubah, suka mengelamun."


Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang ku rindui

itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

"Ikut saya." Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu

masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku.

Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.


"Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti.

Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula."

Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak

selangkah ke belakang. Dia menghela nafas. "Aisyah, awak tahu tak

saya dah lama sayangkan awak?"

"Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa

bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab

itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah

saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci

saya. Malam tu di Bali , sebenarnya saya melamar awak takut-takut.

Tapi lain pula jadinya." Aku tergamam dengan penjelasannya.

"Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah

cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak

jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya

terhadap awak." Dia berhenti.


"Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak,

memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak

rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan

awak, saya nak awak jadi isteri saya semula."


Matanya bergenang. "Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya

tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok

awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok

awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah

sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu."


Terdengar esakan.. "Aisyah, i need you, i love you so much. I can't

be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your

real husband again?"

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air

mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-

katanya.


"Aisyah, yes or no?" Lamunanku tersentak. "Yes sir! I do!"

Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.

Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia

kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan

Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa

kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia

membuatkan aku yakin pada diriku.. Banyak perubahan berlaku padaku

sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua

berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.

Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha

memperolehinya ..... Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang

disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan

cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu,

Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

"Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your

help."

"Yes sir!!"

sekian.


~Semoga Terhibur~ ( teringat satu video tue pencegah maksiat dia cakap " Dah kahwin ke belom,hehehe")

Welcome 2x

Selamat sejahtera..
Selamat datang ke blog Pancaindera.
Blog ini baru diaktifkan pada 21 Disember 2009.
Di sini saya akan berkongsi serba sedikit maklumat yang berguna untuk
para bloggers di luar sana.

Diharap anda dapat menunggu akan limpahan info yang bakal saya sediakan nanti.

Wassalam~ abbas